Rabu, 11 April 2012

Realiti Kehidupan




Aku tersentuh utk menggarap tentang situation student2 universiti sekarang ni. Tidak aku nafikan memang ramai anak2 muda kita Berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading. Sememangnya otak2 budak2 kita sekarang memang power. Semua boleh buat. Advance macam orang Nippon (walaupun diorang penah jajah kita tapi aku salute kt spirit samurai dorang).  Kepandaian orang2 yg diberi peluang utk belajar di university kadangkala telah di salah gunakan. Kita tidak sepatutnya menyalahkan orang lain , kita perlu menyalahkan diri sendiri. Terdapat beberapa persoalan ringkas yang aku persoalkan .

1.       Masuk University utk mengejar ilmu atau pointer tinggi2 ?
2.       Fail menyebabkan berlakunya rasis antara student  ?
3.       Masuk university adalah trend masa kini ?

Bagi pendapat aku yang tak seberapa ni. Untuk  persoalan pertama, aku rase kebanyakan student IPTA mungkin ade masalah tentang pointer.  Berdasarkan pengalaman aku selama 3 tahun , aku rase lah ramai diantara budak U ni kejar pointer downg. Kata mereka senang dapat kerja, sambung degree, dapat dekan, jadi femes kt U, orng pandang hormat. Tapi menurut ADYOLOGI, aku rase pointer tinggi ni  tak ada apa2 makna ( mybe sebab aku tak penah dapat pointer tinggi). Bagi aku Ilmu tu lagi penting. Bukan setakat pointer. Tak kesah lah jika fail sekalipon subjek yang kita ambil mase di U, asalkan objektif dan ilmu sampai dalam diri kita. Apa saja ilmu yang kita dapat tu perlulah di adaptasi pada mase akan dating. Bagi aku ilmu perlu sampai dalam diri kita. Bukan hnya belajar, mencari ilmu hanya untk naikkan pointer.

Persoalan kedua agak bangang sikit. Ni aku sendiri rasa pabila mengalami kegagalan. Sememangnya ‘gagal’ menjadi virus yang amat dicuak oleh budak2 U. tpi bagi aku, fail tak bererti kita gagal utk selamanya. Bile korang fail, comfirm2 korang akan dipandang sinis oleh sesetengah pihak. Rasis di kalangan student menyebabkan sesuatu institusi ni langsung hancur. Ni jugak masalah orang2 Kita.


Seterusnya adalah masuk ke university adalah trend mase kini. Menurut pandangan persepsi masa kini aku, aku rase dah memang jadi trend. Sebab nak femes dan glamor.




 Kesan utk persoalan2 tersebut adalah :
1.       Masuk University utk mengejar ilmu atau pointer tinggi2 ?
·         Ramai graduan yang tak tahu ape yang mereka belajar bile dah grad. Buktinya ada antara kita yang tak ada kualiti langsung bile berada di industry walaupun pointer ya amat power.

2.       Fail menyebabkan berlakunya rasis antara student  ?
·         Pecah belah antara yang bijak dan kurang bijak.
·         Berlakunya diskriminasi antara dua dunia.

3.       Masuk university adalah trend masa kini ?
·         University langsung tak melahirkan pelajar berkualiti.