Jumaat, 16 Mei 2014

Willkommen zurück !


Lama kau tak jengah dan menulis ni. dah tentu pasal bolasepak tanah air aku. Negara Perak Bumi Bertuah. Kembalinya seorang lejen kelahiran German ini mungkin akan membantu The Bos Gaurus daripada tersingkir ke liga perdana. Secara bukunya boleh aku kata yg dia memegang rekod terbaik dan mungkin boleh membantu. Semoga Weigang dapat membantu Perak FA yg terumbang ambing musim ni. Menjadi penasihat teknikal The Bos Gaurus, seluruh raayat negara Perak khususnya peminat tegar pasti mengharapkan sesuatu magis dari beliau. Beliau pernah membawa masuk seorang lagenda dari Budapest, Laszlo Repasi. 

Tiga dekan berhempas pulas memelitakan ilmu taktikal di Asia dan Afrika, Weigang juga antara 10 penerima Order of Merit daripada FIFA, sebaris dengan Gerd Muller biarpun berbeza sumbangan mereka. Pendapat aku, Weigang antara lagenda yg byk menyumbang kepada pembangunan bolasepak kita. 

Harapan - Semoga dpt menjelmakan Trasformasi bolasepak Perak utk tahun ini dan seterusnya.