Isnin, 15 April 2013

the 'kam bek' of penyudah sang seladang

the 'kam bek' of penyudah sang seladang  



cerita gua kali ini mungkin sekerat2 jugak. pertamanya cerita pasal kambeknye penyerang YOB. Semua tahu, pasukan YOB yg dulunya mempunyai penyerang import paling lejen dalam sejarah bolo malaya iaitu Lazslo Repasi taim 97-98 ( gua penah ke stadium taim ni) dan seorang permata hitam yg sekarang main dgn TRW, Keita Mandjou 2005-2007. Sudah pasti liga Super kali ini menyajikan perlawanan2 mantap sebab pasukan2 yg ade mantap2 belake. Seawal musim kali ini, The Yobs telah menerai seorang import senegara Karim Benzema, iaitu Karem Rouani. Dari kelab Thailand, BEC Tero Sasana F.C. Harapan mula peminat Yob mengagakkan Karim ni dapat membantu Hadi Yahya dalam menjahanamkan setiap lawan. Namun, kecederaan memaksa si Karim lepak minum Teh o ais. Lepas sembuh, beliau berjaya jugak meng'asisst' sebijik sebelum ditamatkan kontrak. Mungkin AzwanBro tak minat gamaknye. Selain peminat2 mula mengecop Karim sebagai 'Abang Long POPO 2'. Namun, bukan itu yang gua nak highlightkan sekarang. Setelah pusingan keDua bermula pabila bertemu PKNS di lumut. Import baru telah digunakan, Paulo Rangel atau lebih suka gua panggil POWER RANGER. Penah main utk kelab terkemuka Brazil, 7 caps utk brazil cukup membuktikan dia seorang yang mampu mengubah ketumpulan jentera serangan YOBS. Bergandingan dgn bekas pemenang kasut emas Liga Super 2011, mungkin ini bakal membakar kan lagi semangat Hadi Yahya utk mengulangi gelaran itu musim ni. Berbalik cerita pasal si RANGEL ni, gua mengagak dia akan menyinar sebab penampilan pertamanya sudah meledak kan Gol walaupon penalti ketika bertemu Kedah. Perlawanan liga Super pusingan kedua membuka tirai apabila PKNS bertandang ke Lumut. RANGEL seperti yang diharapkan berjaya menjaringkan tiga gol walaupon gol yang sah hanya satu. Cukup utk buktikan bahawa beliau reti score.
Kesimpulannya, gua amat berharap Rangel terus menyekor utk kembalikan keyakinan penyokong2 tegar di setiap pelusok Perak Land of Grace ini.
-DMWTY-